Projek Sains 2 : Hakisan Tanah

Tanah runtuh merupakan kejadian geologi yang termasuk sebahagian besar pergerakan tanah, seperti batu jatuh, kegagalan dalam cerun, hujan lebat dan ketiadaan tanaman tutup bumi.

Kejadian sebenar Tanah runtuh:

           

Gambar diatas menunjukkan hakisan tanah yang berlaku di cerun bukit berpunca dari hujan lebat, ketiadaan tanaman tutup bumi, hakisan tanah dan seterusnya menyebabkan tanah runtuh.

 

Bagaimana kita hendak menerangkan kejadian tanah runtuh pada kanak-kanak?

Bahan-bahan yang diperlukan:

a – model yang mempunyai dua bukit.

1 – Bukit Hijau mewakili bukit yang mempunyai tanaman tutup bumi

2 – Bukit Botak mewakili Bukit yang gondol.

b – cawan kertas yang ditebuk mewakili hujan dari awan.

c – model jalan raya yang mempunyai tiang lampu serta kenderaan yang sedang melaluinya.

 

Bagaimana melaksanakannya?

a – Tuangkan air kedalam cawan kertas (penuh) dan halakan ke Bukit Hijau. (lihat kesannya)

b – Kemudian, tuangkan air ke dalam cawan (penuh) dan halakan ke Bukit Botak. (lihat kesannya)

kesan tanah runtuh (pada model): 

a- tiang letrik tercabut.

b- kemalangan jalan raya

c- bukit semakin mendatar

 

Penerangan kepada kanak-kanak:

Langkah 1

- Tanaman tutup bumi dan pokok telah menyerap air hujan. oleh yang demikian, Bukit Hijau masih kukuh dan tiada kejadian tanah runtuh. Manakala Bukit Botak mengalami tanah runtuh yang mengakibatkan kemalangan ke atas pengguna jalan raya.

Langkah 2

Berikan peluang untuk kanak-kanak mencuba sendiri eksperimen ini. Melalui pengalaman mencuba sendiri, kanak-kanak akan lebih memahami dan pastinya pembelajaran lagi lebih menyeronokkan!!

adik Amani & adik Wawa sedang cuba melakukan eksperimen ‘tanah tuntuh’.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s